Pasangan khalwat paling popular di Malaysia, Norman Hakim & Memey Suhaiza baru sahaja habis dibicarakan di Mahkamah Syariah Gombak. Mereka berdua mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat. Berpakaian putih sedondon, bagaikan baru sahaja melangsungkan pernikahan, tiada langsung muka bersalah. Well, nama pun pelakon, kena lah pandai bermain dengan ekspresi muka, bukan?
Norman dan Memey hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur dalam pakaian berwarna sedondon iaitu hitam dan putih pada pagi ini. foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN
Norman tidak menyembunyikan Keakraban hubungan antara keluarganya dan keluarga Memey. Dari kiri: Memey, ibu Norman, ibu saudara Memey, abang Norman dan Norman.
Gelagat Norman dan Memey yang tersipu-sipu malu apabila disoal tentang kahwin.
Ibu Norman, Kamariah Kamat akui menyukai Memey dan tidak menolak andai anaknya berjodoh dengan Memey.
Wajah Norman dan Memey sewaktu berjalan ke dalam mahkamah
Norman tersenyum ceria sewaktu mula-mula sampai di mahkamah.

